Pages

Saturday, February 12, 2011

ACCOUNT CREATOR GKBB KENE HACK!!

 

sungguh pengecut AHLI PEMBANGKANG!!!

dengan sahutnya cabaran BERANI BERUBAH!!! AHLI PEMBANGKANG telah hack FB kepada seorang ahli KAMI yang telah membina GROUP GERAKAN KEBANGKITAN BERANI BERUBAH (GKBB) yang telah diwar2kan seluruh KUALA TERENGGANU!!!

kenapa semua ini BERLAKU???

adakah mereke PENGECUT???

YA!!! MEREKA PENGECUT!!! MEMANG PENGECUT!!!

hanya orang PENGECUT je yang sanggup buat semua ni!!!

WAHAI PEMBANGKANG!!

jika anda BUKANLAH PENGECUT!! TERUSKAN BERLAWAN DENGAN KAMI…

WAHAI ANAK MUDA KUALA TERENGGANU!!!

JOM SAMA-SAMA SAHUT CABARAN BERANI BERUBAH!!!

AL FATIHAH

 

gambar ehsan dari encik google.com

AL FATIHAH

DATUK ZAHARUDIN ABU KASSIM

ADUN BN Kerdau dalam PARLIMEN KUALA KRAU, PAHANG. ARWAHYARHAM DATUK ZAHARUDIN ABU BAKAR telah meninggal dunia pada jam 6.30 petang menurut sumber-sumber yang diperolehi ARWAH meninggal selepas terjatuh di dalam bilik air..

bersama-samalah kita mendoakan agar ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT..

Friday, February 11, 2011

BERANI BERUBAH???

167650_1511629680583_1529612488_31056513_4814114_n

Kami sedang menjalankan GELOMBANG KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU..

JOM KITA RAMAI2 MENYAHUT CABARAN ‘BERANI BERUBAH!!’ gerakan ini adalah secara suka rela dan tiada apa-apa paksaan.

GELOMBANG ini berasaskan PERJUANGAN TRADISI MEMBELA RAKYAT. Semoga segala PERJUANGAN kita demi AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH S.W.T.

jika anda menyokong dengan slogan BERANI BERUBAH, JOM kita sama-sama menceriakan lagi dengan PROFILE PICTURE FACEBOOK kita dengan meletakkan “BADGE” seperti gambar yang tertera dibawah.

 

 

SILA klik “PICTBADGE.COM” jika anda menyokong!!!

 

NI BARU YEEEEEEE….

 

HOK NI HOK BETULNYA… BANYAK NGAK KOMPLEN EKPUNG!!!

KALAU AWOK YE MERENTOH, JAHANAM R GANUNG KITERRRRRRRR…

GUANE PLOP NI???

 

180317_161158373934774_100001218360261_381892_7817642_n

 

kuatla awok ye kerik pitih jemaah, wak ceramah tu buat la bakpe nak g v supik tu ulur suh wak masuk pitih tuuu… kata kerana ALLAH… mana perjuangan LILLAHI TAA’LA?

lepas ni soheh lah awok2 kita ANTI dengan SUPIK IJA..

ada SUPIK IJA je soheh kekg awok2 PEMBANGKANG wak kuar isu kita duk kutip pitih plop..

ke guane gitu?? buleh kira la PEMBANGKANG lening.. hok ye wak, ye kata kita wak….

lening dokley main sangat kaler ija ngan biru, kekg ada lalu topik FITNAH ye tu.

awok kita ANTI SUPIK IJA, kekg ada je lah wak kuar awok ye ANTI SUPIK BIRU..

KELAH NGAT TASIK KENYIR LENING……..

Mesti ramai orang tertanya-tanya kenapa tasik kenyir lening nok beruboh doh ork? Dulu kita anggap tasik kenyir sunyi sepi je….harap ke orang duk mancing sebab situ syurga bagi mereka dan untuk berkelah semata2……

Lening nak beruboh doh boh……..

Ade sokmo hok dok puas ati nak buat isu…Aku dok reti ngan sikap pembangkang yang selalu memutarbelitkan fakta.. Tujuan kerajaan Terengganu baik, nok memajukan ekonomi negeri sekaligus ekonomi penduduk sekitar..

Cerdik la skit.. Allah kurniakan tempat secomel tu.. dokkan nok biar gitu je.. kite sebagai manusia kena fikir utk memanfaatkan sesuatu.. ada taman herba..taman burung…tasik wak orang mancing…. Nak cari ketenagan pun boleh.. ni utk kebaikan kite gok.. nak2 taman herba, pengkaji bleh mengkaji tanaman herba situ bagi kegunaan kite gok..sekurang2 nya budak2 zaman lening kenal tanaman herba yang ada tumbuh kat kita.

Nak kabo se lagi ni, menurut sumber2 yang boleh dipercayai satu sejarah tercipta apabila tengkorak lama telah dijumpai di TASIK KENYIR, disebabkan hok tu lah pelancong nak sangat mari kat TASIK KENYIR. Ahli-ahli arkeologi berebut-rebut nak gi ke TASIK KENYIR buat kajian, hal tengkorok je tu, dok lagi pembangunan hok beso2.

Ni se lagi….Bebas cukai? Aku menyokong penuh hasrat kerajaan itu kerana pada pandangan aku xdok salohnya kite mencuba.. positif weh..anggoran perancang ekonomi dengan adanya zon bebas cukai ni, sekaligus Terengganu mampu menarik 3 juta pelancong.. dengan seramai tu rakyat kite pun leh tumpang senang. Dok sedor lagi ke weh…..

Wahai pemikir ke belakang sekalian.. renungkanlah.. kerajaan buat sesuatu mende ade sebab dan musabab.. kegagalan yang menjelma mungkin kerana kite sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.. renung2kanlah….

NAPE DOK PUAH ATI GI???


Pas kata e-book ni bazir…
Acu try pikir, adanye e-book ni budak-budak ganu ni bertuah dapat celik IT..untuk siapa?????
untuk anak bangsa Terengganu gok. Pihak kerajaan ni dok pilih kasih, semua pelajar tahun 5 dapat e-book ni.
Menurut sumber yang boleh di percayai, Terengganu merupakan negeri yang pertama di asia tenggara menggunakan e-book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Dok wase bangga lagi ke? Kita dapat bersaing dengan Negara maju yang lain…
Seperti yang kita tahu, e-book mempunyai banyak kebaikannya. Pelajar2 tidak lagi perlu membawa bebanan beg yang berat. Buku yang tebal-tebal buat anak-anak kita senget bahu2 duk bawak. Mulalah mak ayoh menyalahkan cikgu-cikgu sebab suruh bawak buku banyak2. “ Aku bangga tengok budak-budak kampung aku belajar guna e-book lening”.
Se lagi nok kabo… kerajaan Terengganu cipta sejarah sekali lagi dalam Malaysia Book Of Record bila seramai 21170 murid darjah lima Dan enam Berjaya khatam Al Quran melalui e-book secara serentak. Rekod dicipta berdasarkan jumlah teramai murid khatam Quran dengan mengggunakan e-book. Seramai 16,929 lagi murid darjah 1 hingga 6 turut khatam Quran dengan membaca naskah Al-Quran. Ini menggambarkan betapa e-book sangat penting kerana boleh digunakkan sebagai medium untuk mengaji al-Quran selain mengikuti pelajaran biasa.
SEDO2 LAH SIKIT PAS WEH, GANUNG KITA NI PECOH REKOD DOH BOH…
Panas telinga aku dengor ade orang kabo budak -budak ni bebas menggunakkan e-book. Tapi ibu bapa juga kene memainkan peranan dalam mengawal penggunaan e-book di rumah. Jangan nak lepas tangan kepada pihak kerajaan sahaja.
Kita patut bersyukur pada Allah s.w.t kerana telah membuka hati pemimpin kita untuk buat e-book ni…
JADI PIKIR2 KAN LAH PAS WEH.. BELAJO2LAH UCAP TERIMA KASIH DENGAN BENDE ORANG BERI KEMUDAHAN KE ANAK2 TU..

Thursday, February 10, 2011

RTM TIDAK ADIL!!


Dewasa ini pembangunan di kawasan Kuala Terengganu semakin pesat membangun. Pelbagai kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan telah meletakkan bandar ini setanding sebagai simbol BANDARAYA. Namun begitu, ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan perubahan ini.
Dua minggu lepas, RTM telah mengupas isu PENGAMBILAN TANAH, LADANG di dalam rancangan TITIK SENTUHAN yang mana RTM selaku media yang berperanan sebagai LIDAH KERAJAAN telah mengambil pendekatan secara bersemuka dengan penduduk di kampung berkenaan. Kupasan mengenai isu tersebut dengan lebih lanjut dapat membantu masyarakat setempat khususnya dan penonton boleh memainkan peranan dalam menilai situasi sebenar dan apakah berlaku eksploitasi dari pihak lain bagi menghasut penduduk sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak benar?
Jika kita memberi fokus sebenar dalam racangan TITIK SENTUHAN tersebut, adakah wartawan dari RTM itu telah mengupas isu pengambilan tanah secara adil? Dimana wartawan RTM hanya mewawancara suara penduduk yang tidak berpuas hati sahaja dengan pihak kerajaan. Bagaimana pula penduduk yang berpuas hati? Kenapa pihak RTM tidak mewawancara secara adil terhadap kedua-dua belah pihak.
Penduduk PANGSAPURI LADANG GEMILANG tidak berpuashati dengan kadar sewa yang telah ditetapkan, sedangkan kerajaan telah memberi subsidi 50% bagi rumah kos rendah, manakal harga tanah bagi PANGSAPURI LADANG GEMILANG, bagi rumah mampu milik berharga RM150,000, dijual dengan harga RM75,000. Begitu juga dengan kadar sewa  hanya dikenakan RM300.  Kita buat kajian kalau rumah di kawasan itu biasanya mencecah RM600 hingga RM700. Bagaimanapun kadar sewaan ini hanya dibuka kepada mereka yang terlibat dalam perpindahan itu sahaja. Sementara mereka yang termasuk dalam senarai penerima bantuan sewa rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mereka hanya perlu bayar RM126 sahaja setiap bulan.
Menurut sumber yang diperolehi berkata, banyak keistimewaaan diberikan kepada penduduk di kawasan itu kerana  jika diikutkan harga biasa, pemaju perlu mengambil 10 peratus daripada harga rumah. Contohnya, harga RM75,000 pemaju akan ambil RM7,500 dan barulah kunci diserahkan kepada pemilik. Cuma yang dikesalkan apabila ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu ini. Kita beritahu dengan jelas nilai sewa RM126 sebulan. Jumlah itu hanya kepada penerima bantuan sewa  rumah dalam bandar.
Diakhir program tersebut, laungan kata-kata oleh ketua pemuda pas seolah-olah mendakwa penduduk di kawasan tersebut sebagai penyokong pembangkang denagan menyatakan mereka adalah “sahabat-sahabat saya dari PKR”. Seterusnya, bagi menaikkan lagi kemarahan penduduk ketua pemuda PAS telah membangkitkan persoalan denagan mengatakan “Apakah kita sanggup ditipu dan ditipu dan ditipu dari generasi demi generasi” seolah-olah mengiakan bahawa kerajaan telah menipu rakyat di negeri ini dan penduduk setempat khususnya. Ini dengan jelas telah menjadi bukti bahawa situasi tersebut telah dieksploitasi apabila perhimpunan secara aman bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri telah bertukar menjadi demonstrasi politik pihak pembangkang bagi menabur fitnah dan menghasut rakyat supaya menentang kerajaan.