Pages

Thursday, February 10, 2011

RTM TIDAK ADIL!!


Dewasa ini pembangunan di kawasan Kuala Terengganu semakin pesat membangun. Pelbagai kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan telah meletakkan bandar ini setanding sebagai simbol BANDARAYA. Namun begitu, ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan perubahan ini.
Dua minggu lepas, RTM telah mengupas isu PENGAMBILAN TANAH, LADANG di dalam rancangan TITIK SENTUHAN yang mana RTM selaku media yang berperanan sebagai LIDAH KERAJAAN telah mengambil pendekatan secara bersemuka dengan penduduk di kampung berkenaan. Kupasan mengenai isu tersebut dengan lebih lanjut dapat membantu masyarakat setempat khususnya dan penonton boleh memainkan peranan dalam menilai situasi sebenar dan apakah berlaku eksploitasi dari pihak lain bagi menghasut penduduk sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak benar?
Jika kita memberi fokus sebenar dalam racangan TITIK SENTUHAN tersebut, adakah wartawan dari RTM itu telah mengupas isu pengambilan tanah secara adil? Dimana wartawan RTM hanya mewawancara suara penduduk yang tidak berpuas hati sahaja dengan pihak kerajaan. Bagaimana pula penduduk yang berpuas hati? Kenapa pihak RTM tidak mewawancara secara adil terhadap kedua-dua belah pihak.
Penduduk PANGSAPURI LADANG GEMILANG tidak berpuashati dengan kadar sewa yang telah ditetapkan, sedangkan kerajaan telah memberi subsidi 50% bagi rumah kos rendah, manakal harga tanah bagi PANGSAPURI LADANG GEMILANG, bagi rumah mampu milik berharga RM150,000, dijual dengan harga RM75,000. Begitu juga dengan kadar sewa  hanya dikenakan RM300.  Kita buat kajian kalau rumah di kawasan itu biasanya mencecah RM600 hingga RM700. Bagaimanapun kadar sewaan ini hanya dibuka kepada mereka yang terlibat dalam perpindahan itu sahaja. Sementara mereka yang termasuk dalam senarai penerima bantuan sewa rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mereka hanya perlu bayar RM126 sahaja setiap bulan.
Menurut sumber yang diperolehi berkata, banyak keistimewaaan diberikan kepada penduduk di kawasan itu kerana  jika diikutkan harga biasa, pemaju perlu mengambil 10 peratus daripada harga rumah. Contohnya, harga RM75,000 pemaju akan ambil RM7,500 dan barulah kunci diserahkan kepada pemilik. Cuma yang dikesalkan apabila ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu ini. Kita beritahu dengan jelas nilai sewa RM126 sebulan. Jumlah itu hanya kepada penerima bantuan sewa  rumah dalam bandar.
Diakhir program tersebut, laungan kata-kata oleh ketua pemuda pas seolah-olah mendakwa penduduk di kawasan tersebut sebagai penyokong pembangkang denagan menyatakan mereka adalah “sahabat-sahabat saya dari PKR”. Seterusnya, bagi menaikkan lagi kemarahan penduduk ketua pemuda PAS telah membangkitkan persoalan denagan mengatakan “Apakah kita sanggup ditipu dan ditipu dan ditipu dari generasi demi generasi” seolah-olah mengiakan bahawa kerajaan telah menipu rakyat di negeri ini dan penduduk setempat khususnya. Ini dengan jelas telah menjadi bukti bahawa situasi tersebut telah dieksploitasi apabila perhimpunan secara aman bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri telah bertukar menjadi demonstrasi politik pihak pembangkang bagi menabur fitnah dan menghasut rakyat supaya menentang kerajaan.

4 comments:

hok kite..... said...

wak gok kerje molek sebelum nok ngate ke orang.... cam menangguk air yang keroh..bukan nok kate...tapi kenyataan benor....

Anonymous said...

Cap Ayam....

pisanglemakmanis said...

errmm...

l0velyl0ve87 said...

nak tiru TV3 wak rncangan cam 360, tp xprofesional lnsung!! nak sior rncgan tu mtok ah pndgan ke2 pihok bukan main sior je, hok ptut slesai xdok msalah jdi khor byok timbul msaalah, bdok koloh pndai agi wak kje...